Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi..

By · Tuesday, March 27th, 2012 · No Comments »

 

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi:

1. Dai’eyah (داعية)

Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.

2. A’limah (عالمة)

Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.

3. A’bidah (عابدة)

Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.

4. Khodimah (خادمة)

Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.

5. Murobbiyah (مربية)

Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :)

InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin.

Jemput “Like” page baru kami:
http://facebook.com/gaunmuslimah

Terima Kasih :)

Pengorbanan Siti Hajar..bukan pengorbanan biasa…

By · Wednesday, November 2nd, 2011 · No Comments »

Bagaimana perasaan kita jika suami ingin meniggalkan kita di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ??

Sudah lah tiada “sebab-sebab” untuk hidup (air,rumah,pasar dsb), malah hanya ada “sebab-sebab” kematian sahaja ….(panas yg terik, tiada air, tiada bekalan makanan)

Ya Allah~~~~




Begitulah agaknya perasaan Siti Hajar…Pada mulanya, Siti Hajar berasa sangat sedih..sehingga ada riwayat yang mengatakan Siti Hajar menarik-narik baju Nabi Ibrahim bertanya “mengapa” dan “mengapa??”….Sehinggalah, Siti Hajar bertanya, “adakah ini perintah ALLAH swt?”, maka suaminya Nabi Ibrahim a.s mengangguk..Lantas, Siti Hajar terus terdiam..dan dia redha & taat pada keputusan Allah swt…dan dia bersedia untuk melakukan PENGORBANAN ini...dia sedia untuk ditinggalkan suami yang diperintahkan oleh Allah swt untuk berdakwah..

Siti Hajar yakin, sekiranya Allah swt yang memerintahkan perkara ini, maka pasti dan pasti Allah swt lah yang akan menjaga dirinya dan bayinya….

Tidak berapa lama kemudian, iman Siti Hajar diuji lagi…Anaknya, Nabi Ismail a.s yang ketika itu masih bayi menangis-nangis kerana susu ibunya sudah mulai kering…Siti Hajar mulai risau..dia berlari-lari dari bukit Safa kemudian ke bukit Marwah dengan harapan ada bekalan air atau ada manusia yang lalu di kawasan tersebut untuk meminta pertolongan….

Setelah penat berulang alik ke sana ke mari, barulah Siti Hajar berhenti sejenak…Dan kali ini, beliau telah melepaskan segala pergantungan kepada makhluk…tidak mengharap lagi kepada air..tidak mengharap lagi kepada manusia...Tetapi, harapannya hanya satu…hanya kepada ALLAH swt sahaja.

Apabila keyakinan Siti Hajar sudah bulat hanya kepada Allah swt 100%, maka barulah Allah swt turunkan pertolongan. Allah swt telah keluarkan air daripada tanah yang tandus (yang kita panggil air zam-zam)…yang tidak pernah terlintas dalam fikiran manusia, bagaimana air boleh keluar di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang…Allah Allah…Allah Maha Kuasa..Allah mampu buat apa sahaja…

MasyaAllah, bukan itu sahaja…air tersebut masih ada sehingga kini…dan insyaAllah sampai ke hari kiamat..Allahuakbar!

**********

Moral of the story:

  1. Apabila seorang manusia buat pengorbanan demi agama, maka IMAN dan keyakinannya pada Allah akan meningkat. 
  2. Allah swt akan turunkan pertolonganNya, bilamana kita melepaskan pergantungan kepada makhluk, dan mengharap&meminta dengan penuh yakin kepada Allah 100%
  3. Apabila seorang wanita sanggup berkorban untuk membantu usaha dakwah suaminya, maka usaha dakwah akan maju dan Allah swt akan lahirkan daripadanya anak-anak dan zuriat yang soleh.

******

Cerita ini bukanlah cerita pengorbanan biasa. Ia adalah satu pengorbanan yang sangat agung..Pengorbanan untuk agama Allah swt. Oleh kerana itu, Allah swt telah muliakan mereka dengan merakamkan peristiwa ini di dalam ibadah Haji.

Marilah sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar..Gunakan diri, harta dan masa kita untuk dikorbankan demi membantu agama Allah.

 


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga”
(Surah At Taubah: Ayat 111)

 

Semoga kita dapat ambil iktibar..dan ceritakan kisah ini pada anak-anak kita..

Selamat Hari Raya Aidil Adha ;)

Mengapa kisah keluarga Imran diceritakan dalam Al Quran?

By · Tuesday, October 25th, 2011 · No Comments »

(Kisah ini telah diceritakan oleh sahabat saya Umma Ali, penulis blog, surahsirahsarirah.blogspot.com. Walaupun kisah ini agak panjang, tetapi, ia tetap sangat berbaloi-baloi untuk dibaca…Jom baca! ;)


Kita semua tahu, dalam Al-Quran ada sebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tak tahu siapa Imran tu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa? Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tak makan, takde rumah, atau takde kerja…Tapi fikir risau mereka adalah bagaimana anak dan zuriat mereka dapat jadi orang-orang yang khidmat untuk agama…fikir risau agar anak cucunya selamat dari disentuh dan diganggu oleh syaitan…

 

Justeru, kita baca dalam Al-Quran bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil lagi telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia doa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka..)
Tapi, apabila lahirnya seorag anak perempuan, isteri Imran tidak putus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan…dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (dlm kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s..

 

Pernah saya dgr tafsir kisah Maryam a.s ini, bahawa Maryam a.s ini cepat sekali tumbesarannya, bkn seperti manusia biasa…Hanya dalam beberapa tahun dia telah sampai umur jadi gadis, kemudian tambah matang…Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih! Maknanya mereka membesar rapidly!
Pada zaman itu, keadaan semasa orang-orang Yahudi sangat rosak dari moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi dari melihat persekitarannya…Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.. masyaAllah…

 

Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih dari maksiat, dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya…Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s…”huwa min ‘indillah“…yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah” . Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya…Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, dapat rezeki terus dari Allah..

 

Dan kemudian dia pun terfikir, takkan dia pun tak boleh dapat, sedangkn dia seorang Nabi…Maka, dia terus doa untuk dapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya…(sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun++) Dan hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimaqbulkan oleh Allah dengan berita yang dia akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

 

Oh ye, kata-kata Maryam a.s tadi bila di tanya oleh Nabi Zakariyya a.s itu, (“huwa min ‘indillah“) pernah juga disebut-sebut oleh Fatimah r.aha bila beliau menerima pemberian dari sesiapa…Jadi, kita pun bila ada jiran ke.. sape-sape bagi kita makanan atau apa-apa juga, kita katalah ‘huwa min ‘indilllah‘…lebih-lebih lagi kalau orang atau suami.. atau anak tanya, “sapa bagi ni ummi?”…kita pun jawab dulu…’huwa min ‘indilllah….dan lepas tu, barulah cakap…”makcik nab sebelah tadi hantarkan..” begitulah hendaknya.. Semoga yakin kita bertambah pada Allah setiap waktu.

 

Kisah keluarga Imron ni, Allah beritakan dalam Quran supaya kita ambil kaedahnya…
1)Semasa hamil, niat anak untuk agama, doakan anak agar dilindungi Allah dari syaitan…Rujuk surah Ali Imran, ada ayat doa isteri Imran tu…Amalkan ye…
2)Ibu-ibu hamil, jangan tinggalkan ibadah kepada Allah, di samping dakwah siang hari, malam bangun tahjjud doa pada Allah.
3)Anak-anak yang sedang membesar, kita besarkan dalam suasana iman dan amal. Hari-hari, cakap tentang keyakinan dan kebesaran Allah sehingga dia yakin semuanya datang dari Allah…

4) Kita usaha anak kita diberi pelajaran agama yang baik, macam Maryam a.s dihantar kepada Nabi Zakariyya a.s untuk ditarbiyah agama…Kita bukan ustaz ustazah, kita hantar anak-anak ke madrasah agar dapat belajar agama. Tapi, untuk hasilkan iman yakin, hanya dengan dakwah, jadi kita didik anak kita dengan dakwah juga
5)Bila kita hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, kita akan dapat keyakinan kepada Allah swt dan  orang yang datang ke rumah kita juga akan terkesan dengan keyakinan kita

 

6)Anak-anak perempuan kita jangan selalu biasakan berada di luar rumah…nanti akan terkesan dengan suasana maksiat di luar…
Ada banyak lagi pengajaran dari kisah keluarga Imran ini, jadi kita bacalah Surah Ali Imran dalam al Quran, dan amalkannya…InsyaAllah semoga saya dapat amalkan, begitu juga dengan anda..dan sampai-sampaikanlah cerita ini pada yang lain….Macam Nabi Muhammad SAW sabda lebih kurang maksudnya, kadang-kadang orang yang disampaikan itu, lebih dapat amalkan dari orang yang menyampaikannya…kerana taufik hidayah adalah dari Allah…Moga-moga dapat sahamnya bila orang lain amalkan…

 

WALLAHUALAM…

p.s: Untuk share artikel ini di facebook, tinggalkan komen di bahagian bawah. Terima Kasih ;)

Masih Ingatkah Kita…

By · Friday, September 16th, 2011 · No Comments »

new-born-baby-1a

Masih ingatkah kita..
Sewaktu anak kita baru dilahirkan,dia ada mata..tetapi tidak dapat melihat?

Masih ingatkah kita..
Sewaktu anak kita baru dilahirkan,dia ada telinga..tetapi tidak dapat mendengar?

Anak kita dapat melihat BUKAN kerana dia ada mata
Anak kita dapat mendengar BUKAN kerana dia ada telinga

Tetapi..
Pendengaran&penglihatan anak kita diberikan oleh ALLAH
Tiada yang dapat mmberikan pendengaran&penglihatan kpd kita semua melainkan ALLAH

~Laailaahaillallah~ :)

HENTIKAN Penyebaran Kebencian Terhadap Saudara Muslim yang Lain

By · Friday, September 16th, 2011 · No Comments »

perpaduan

16 September 2011

Semua orang cintakan keamanan..
Semua orang cintakan perpaduan..

Tetapi,

Adakalanya kita tidak sedar.. percakapan atau tulisan kita telah memecahbelahkan ummat.
Adakalanya kita tidak sedar.. percakapan atau tulisan kita menimbulkan kebencian muslim terhadap muslim yang lain.

Ya Allah..
Ampunkan saya seandainya terdapat perbuatan, percakapan atau penulisan saya yang mendorong kepada perkara-perkara di atas.

Dan seandainya sahabat-sahabat sedar ada entri saya di blog @ di facebook mendorong ke arah perkara ini, tolonglah ingatkan saya

Kerisauan saya semakin memuncak apabila saya melihat blog-blog dan status di facebook yang penuh perdebatan semakin bercambah, ditambah pula dengan pengalaman saya melihat saudara-saudara seIslam saya yang seronok berborak mengenai keburukan orang lain semasa ziarah hari raya..

Ya Allah…ampunkan saya kerana saya tidak mampu untuk menegur mereka. Kerana kelemahan saya, saya hanya mampu menjauhi tempat tersebut atau berdiam diri sahaja.

Berikut adalah satu artikel yang saya tujukan untuk diri saya, sebagai peringatan buat saya, seorang dai’e ilallah…

****

Menyebar Kebencian Dengan Debat

Bagi para da’i-da’i Allah yg suka menyebarkan kebencian dan perdebatan dengan kelompok, paham, madzhab dan atau pribadi lain, ingatlah nasihat di bawah.. bukan dari ane, tapi dari orang2 yang jauuuhhh lebih shaleh dari kita.. dimulai dari nasihat2 Rasulullah SAW :

Rasulullah SAW telah bersabda : “Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar surga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar.” (HR. Abu Dawud dalam Kitab al-Adab, hadits no 4167)

Apabila kalian berselisih di dalam Al Qur’an maka tinggalkan tempat tempat itu.” (Muttafaqun Alaihi)

Apabila terjadi di suatu majelis perdebatan, satu menyatakan demikian yang lain menyatakan demikian, maka dengarkan sabda Rasulullah di atas dan janganlah kalian duduk ditempat itu dan jangan mencoba untuk membuka perdebatan. Berhati-hatilah kamu dari debat dan peliharalah waktumu, insya Allah kamu akan saling mencintai dan saling menyayangi.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhumaa
“Cukuplah engkau sebagai orang zhalim bila engkau selalu mendebat. Dan cukuplah dosamu jika kamu selalu menentang, dan cukuplah dosamu bila kamu selalu berbicara dengan selain dzikir kepada Allah.” [al-Fakihi dalam Akhbar Makkah]

Dari Abud Darda radhiyallahu ‘anhu
“Cukuplah dosamu bila kamu selalu mendebat, dan cukuplah dosamu bila kamu selalu menentang. Cukuplah dustamu bila kamu selalu berbicara bukan dalam dzikir tentang Allah.” [Darimi: 299]

Nabi Sulaiman ‘alaihissalam berkata kepada putranya:
“Tinggalkanlah mira’ (jidal, mendebat karena ragu-ragu dan menentang) itu, karena manfaatnya sedikit. Dan ia membangkitkan permusuhan di antara orang-orang yang bersaudara.” [Ad-Darimi: 309, al Baihaqi, Syu’abul Iman: 1897]

Nasihat Imam Syafi’i :
“Percekcokan dalam agama itu mengeraskan hati dan menanamkan kedengkian yang sangat.” [Thobaqat Syafiiyyah 1/7, Siyar, 10/28]

Tertib dakwah untuk para da’i Allah dari para masyaikh:

Empat hal yang harus dijauhi :

1. Berdebat dan atau membalas kritik
2. Menjelek-jelekan pribadi atau kelompok
3. Membanding-bandingkan
4. Cepat menerima atau cepat menolak saran dan kritik

Sumber: http://www.facebook.com/groups/mahodum/doc/259257187442226/

****

HENTIKAN Penyebaran Kebencian Terhadap Saudara Muslim yang Lain
tutuplah aib muslim yang lain, nescaya Allah akan menutup aib mu

Sebarkanlah cerita-cerita yang menyatukan ummat dan buatlah dakwah dengan penuh kasih sayang ;)

Add to FacebookAdd to DiggAdd to Del.icio.usAdd to StumbleuponAdd to RedditAdd to BlinklistAdd to TwitterAdd to TechnoratiAdd to Yahoo BuzzAdd to Newsvine

Apa yang Saya Cerita pada Anak Saya tentang Duit Raya..

By · Thursday, September 15th, 2011 · No Comments »

duit raya

Hati saya terusik tatkala melihat Nabilah terlompat-lompat kegembiraan setelah menerima duit raya. Dari satu sudut, saya rasa.. apa salahnya dia nak rasa happy.. Memang  fitrah manusia akan rasa gembira bila dapat duit free..Bukan budak-budak jer..mak bapak pun happy bila anak-anak dapat duit raya ;)

Tapi, dari satu sudut yang lain, saya rasa..ada benda yang tak kena dengan perasaan happy tu. Teringat sabdaan Rasulullah saw bahawa, Duit adalah “berhala” umat akhir zaman~Mak aii..berhala tuu…kecut hati den bila teringat hadis tu. Orang Arab jahiliyah yang sembah berhala dulu-dulu, telah disahkan sebagai penghuni neraka..Isy,  cemana saya dan anak saya boleh rasa gembira bila dapat berhala?? Ya Allah, apa la yang saya dah ter-ajar anak saya tentang “berhala” ni…

Isy tak boleh jadi..kena betulkan balik mind setting tentang berhala a.k.a duit ni….Fikir punya fikir…Akhirnya, inilah ilham yang Allah beri pada saya untuk diceritakan pada Nabilah tentang duit raya:

Point #1:Duit adalah salah satu rezeki, dan rezeki bukan datang daripada manusia, tetapi rezeki hanya datang daripada ALLAH

“Macam mana Allah jaga rezeki ikan-ikan di laut, macam mana Allah jaga rezeki haiwan-haiwan di hutan, macam tu jugak lah Allah swt jaga rezeki manusia. Allah yang bagi kita minum..Allah yang bagi kita makan..Allah yang bagi kita pakaian…Macam tu lah jugak, hari ini kita nampak, makcik pakcik kita bagi kita duit raya. Tapi, Nabilah tahu tak..sebenarnya, bukan makcik pakcik kita yang boleh bagi kita duit raya. Tapi siapa yang sebenarnya bagi kita duit raya?..Nabilah pun jawab, ALLAH!!”

senyuuum lebar mama Nabilah…..

***Sangat-sangat penting, untuk kita cakap kebesaran Allah setiap hari..lagi dan lagi pada anak kita..Supaya mereka mengharap dan meminta hanya kepada Allah. Dan tidak sesekali mengharap dan meminta duit daripada manusia. Bila ada apa sahaja masalah, yang pertama sekali terlintas dalam fikirna mereka ialah, minta tolong dari ALLAH, bukan daripada manusia.. Katakanlah lagi dan lagi kebesaran Allah swt ini, supaya keyakinan padaNya tersemat kemas di dalam hati anak-anak kita. Inilah IMAN yang dikehendaki oleh Allah swt. Yakin pada Allah 100%.

Point #2: Allah swt janjikan kemurahan rezeki bagi orang Islam melalui amalannya.

Saya: “Nabilah tahu tak, kenapa Allah swt bagi Nabilah duit raya?..

Nabilah:”Tahu! Sebab, Nabilah solat..Nabilah puasa…Nabilah tolong mama”

Saya: “Pandai anak mama!!..Allah swt janji, siapa jaga solat, siapa rajin baca Quran, siapa rajin zikir, siapa banyak sedekah, maka Allah akan jaga rezeki dia..Siapa tolong orang,Allah akan tolong dia. Lagi banyak Nabilah buat baik, lagi banyak Nabilah jaga solat, maka..lagi banyak rezeki yang Allah bagi.”

Nabilah: “ok ok la mama..Nabilah nak solat lagi….nak solat subuh boleh”

Saya: “Sekarang dah dekat zohor laa ;) kita siap-siap solat zohor ye..Esok pagi, kita solat subuh”

Nabila: Ok!

***Sangat-sangat penting untuk kita didik anak-anak supaya beramal dengan ihtisab. Maksudnya, apabila buat satu-satu amal, hati kita mesti YAKIN bahawa Allah swt akan berikan pada kita ganjaran-ganjaran yang telah Dia janjikan melalui amal tersebut. Maka, barulah anak-anak kita akan menghargai NILAI sesuatu amalan, dan dia tidak akan terbeban untuk melakukannya..Anak kita akan rasa keseronokan untuk mendapatkan janji-janji Allah yang lebih besar nilainya daripada mendapat jutaan duit raya.

Untuk orang kafir, Allah swt jadikan usaha mereka sebagai sebab untuk menjadi kaya raya. Tetapi untuk umat Islam, Allah swt telah jadikan amalan agama sebagai cara untuk mereka berjaya dalam apa sahaja bidang. Daripada kecil kita terapkan keyakinan ini, bukan kerana umi abi pergi kerja kita semua dapat duit..bukan! bukan!..bukan kerana kita dapat straight A’s, kita dapat duit banyak..bukan! bukan!..Tapi, Allah swt jaga rezeki kita, jaga makan minum pakaian tempat tinggall kita, kerana kita semua jaga amal… :)

Point #3: Apabila kita bersyukur, maka Allah akan tambahkan lagi rezeki kita.

(Ayat yang biasa kita dengar daripada mak-mak)

Saya: “Bila orang bagi duit raya, kita kena cakap apa?”

Nabilah: “Kena cakap terima kasih”

Saya: “hehe..pandai Nabilah. Bila kita cakap terima kasih, itu tandanya kita bersyukur. Bila kita syukur, Allah akan tambahkan nikmat lagi.” :)

***tanda syukur bukan sahaja dengan mengucapkan Alhamdulillah atau terima kasih, tetapi tanda seorang hamba Allah itu bersyukur, adalah dengan mentaati segala perintah Tuhannya, dan meninggalkan segala larangannya.

Point #4:Kita tidak pergi beraya untuk dapatkan duit raya, tetapi kita pergi beraya untuk dapatkan ganjaran daripada Allah.

Saya tak pernah kata pada anak saya, “Kita tidak pergi beraya untuk dapatkan duit raya”..Sebab saya tak nak highlight perkataan duit raya di hadapan dia. Saya juga jarang sebut tentang duit raya, apatah lagi mengira duit raya di hadapan anak-anak saya..Kerana seboleh-bolehnya, saya mahu supaya kebesaran “berhala akhir zaman ini” tidak masuk ke dalam hati mereka. Hakikatnya, Allah swt sahaja yang boleh mengurniakan hakikat iman kepada anak-anak saya.

Jadi, apa yang selalu saya buat..Saya banyak ceritakan pada Nabilah, apa ganjaran yang Allah akan bagi bila kita beramal. Untuk kes raya, saya ceritakan ganjaran untuk orang yang menziarahi saudara se-Islam. Bila kita ziarah orang kerana Allah, Allah akan binakan kita 1 mahligai d syurga, Allah akan tumbuhkan 1 kebun di syurga, 70,000 malaikat akan mendoakan rahmat utk kita & macam-macam lagi.

Semoga keghairahan saya dan mereka bukan pada ganjaran dunia yang sementara, tetapi adalah kepada ganjaran akhirat yang kekal abadi selamanya..aamiin. Oleh sebab saya belum lagi mendapat hakikat keghairahan ini, maka saya perlu dakwahkannnya pada anak saya lagi dan lagi..Doakan kami :)

Point #5:Harta kita yang sebenar bukanlah sebanyak mana duit yang berjaya kita simpan di dalam bank. Tetapi sebanyak mana yang telah kita “simpan di dalam khazanah Allah”

Saya pun tak tahu macam mana nak cakap point ini pada Nabilah. Tapi apa yang saya dan suami buat ialah, beri galakan pada anak-anak untuk bersedeqah pada setiap hari Jumaat. Saya akan ceritakan fadhilat sedeqah pada dia lagi dan lagi. Dan saya tidak kisah berapa banyak pun jumlah wang yang dia ingin berikan, asalkan..dia buat atas kemahuan sendiri, bukan dipaksa..dan mudah-mudahan, setulus ikhlas daripada hatinya. aamiin :)

Point #6: Seandainya kita ada duit raya berjuta-juta billion sekali pun, masih tidak mempunyai sedikit nilai pun di sisi Allah, jika hendak dibandingkan dengan 2 rakaat solat.

Point ini pun saya belum cakap pada Nabilah..InsyaAllah, satu hari nanti. Tapi, saya letakkan juga point ini kerana Rasulullah saw sering membuat perbandingan seperti ini apabila sahabat r.ahum bercakap tentang kemewahan harta dunia. Dalam satu bayan Maulana Sheikh Sulaiman Khatani, beliau telah berkata,

“Sekiranya anak kita menganngap bahawa segala harta di dunia adalah lebih berharga daripada 2 rakaat solat, maka anak kita sudah pun bankrap di mata Allah swt” …nauzubillahiminzaalik.

Sebagai orang biasa yang hina ini, saya juga tidak dapat memahami bagaimana 2 rakaat solat lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. Tetapi, apa yang perlu kita usahakan sekarang, bukanlah memahami, tetapi.. BERIMAN dengan penuh YAKIN pada hadis-hadis ini. Semakin banyak kita dakwahkan perkara ini, cakapkan lagi dan lagi, semakin kuat keyakinan kita kepada Allah. Dan sedikit demi sedikit, Allah swt akan campakkan kefahaman tentang hakikat agama kepada kita. InsyaAllah ;)

Akhir kata,

Kita memang perlukan dunia. Ibarat sebuah kapal yang hendak belayar perlukan air. Akan tetapi, kapal tak boleh  benarkan air masuk ke dalamnya. Kerana, kalau air masuk, maka kapal akan tenggelam.

Begitu juga dengan kita, kita perlukan dunia.Tetapi kita tak boleh benarkan dunia masuk ke dalam hati kita. Bila dunia telah masuk ke dalam hati kita, maka kita akan binasa.Nauzubillahiminzaalik..

Wallahua’lam

Add to FacebookAdd to DiggAdd to Del.icio.usAdd to StumbleuponAdd to RedditAdd to BlinklistAdd to TwitterAdd to TechnoratiAdd to Yahoo BuzzAdd to Newsvine

Banyakkan Mesyuarat dalam Mentadbir Rumahtangga

By · Monday, July 11th, 2011 · No Comments »

Mesyuarat merupakan sunnah Rasulullah saw dan perintah Allah swt yang sangat penting. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw merupakan orang yang paling banyak bermesyuarat. Sahabat-sahabat r.ahum sendiri sering bermesyuarat sesama mereka, dan bersama ahli keluarga mereka.

Firman Allah swt :

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (A-li’Imraan 3:159)

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (Asy-Syuura 42:38)

Justeru, bagi memperoleh keredhaan Allah swt dalam mentadbir dan membuat keputusan yang TERBAIK untuk keluarga kita, maka perlunya ada mesyuarat setiap hari di rumah kita.

Tujuan mesyuarat keluarga adalah untuk mewujudkan satu fikir, satu hati, dan satu kerja dalam mentadbir rumahtangga dan memenuhi segala tuntutan agama :)

Fadhilat dan Kelebihan Mesyuarat :

Bagi memperoleh segala fadhilat yang dijanjikan oleh Allah swt, maka hendaklah setiap ahli keluarga mengikuti Adab-adab Mesyuarat Rumahtangga:

Yakinlah bahawa, dalam setiap amalan sunnah, sudah pasti akan membawa kejayaan. InsyaAllah, hubungan suami-isteri, ibubapa-anak, abang-kakak-adik, akan menjadi semakin akrab, dapat menjauhkan salah faham, semua ahli keluarga akan belajar sifat taat (taat Allah, Rasul, pemimpin, ketua keluarga dan ketua-ketua yang lain) kerana adanya keberkatan Allah swt dalam amalan mesyuarat.

Selamat Bermesyuarat! :)

Diolah daripada sumber: http://www.jft.com.my/forum/viewtopic.php?f=3&t=319 dan http://www.scribd.com/doc/49527794/adab-Mesyuarat

Add to FacebookAdd to DiggAdd to Del.icio.usAdd to StumbleuponAdd to RedditAdd to BlinklistAdd to TwitterAdd to TechnoratiAdd to Yahoo BuzzAdd to Newsvine

Pertolongan kepada orang mukmin adalah dalam TANGGUNGJAWAB ALLAH SWT

By · Friday, July 8th, 2011 · No Comments »

Pertolongan dan bantuan kepada orang mukmin adalah dalam TANGGUNGJAWAB ALLAH SWT, dan merekalah yang sentiasa mulia dan tinggi di dunia ini. Firman Allah swt:

“sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. (Ar-Ruum 30:47)

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (A-li’Imraan 3:139)

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munaafiquun 63:8)

Dengan merenung secara mendalam firman-firman Allah swt di atas, dapat diketahui bahawa, kemuliaan, kehebatan, ketinggian serta setiap kebesaran dan kebaikan orang Islam bergantung kepada sifat keimanan mereka. Sekiranya hubungan mereka dengan Allah swt dan RasulNya saw mantap (yang merupakan tujuan iman), maka segala-galanya menjadi milik mereka.

Sebaliknya, jika (semoga Allah jauhkan) dalam hubungan itu terdapat kelemahan dan kekurangan, maka akibatnya tidak lain, kecuali kerugian dan kehinaan semata-mata. Sebagaimana yang telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya dalam Surah Al Asr’:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al Asr)

{Petikan Kitab: Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya: Maulana Muhammad Ihtishamul Hassan Kandalawi}

p.s: Oleh sebab, pertolongan Allah swt hanyalah untuk orang-orang yang benar-benar berIMAN. Marilah sama-sama kita usaha dengan sungguh-sungguh untuk menanamkan iman yakin hanya kepada Allah swt ke dalam diri kita dan anak-anak kita :)  InsyaAllah

Add to FacebookAdd to DiggAdd to Del.icio.usAdd to StumbleuponAdd to RedditAdd to BlinklistAdd to TwitterAdd to TechnoratiAdd to Yahoo BuzzAdd to Newsvine

Apabila masjid penuh..

By · Thursday, July 7th, 2011 · No Comments »

Alhamdulillah..Malam ini masjid akan penuh kerana sambutan Israk Mikraj..

dan masjid juga akan penuh pada malam Nisfu Syaaban..

dan masjid juga akan penuh pada malam terawih

tetapi ini bukan agama yg sebenar..

Tuntutan agama yg sebenar adalah,

Masjid penuh pada setiap malam

Masjid penuh pada setiap waktu solat

Inilah, satu-satunya perkara yg sangat-sangat ditakuti oleh musuh Islam,

apabila masjid penuh pada setiap waktu solat.

Apabila masjid-masjid kita sentiasa penuh

dan hidup dengan amalan dakwah, ta’lim, ibadah & khidmat..

Maka kita akan lihat,

Umat Islam akan dihormati

Umat Islam akan dimuliakan

Umat Islam akan digeruni & ditakuti oleh musuh

Umat Islam akan menjadi umat yg paling berjaya

Ayuh, galakkan mahram lelaki kita solat berjemaah d masjid.

Beri galakan kepada mereka lagi & lagi..dengan pujuk rayu dan kasih sayang

Pahala mereka, pahala kita juga :)

Anak Merempit: Masihkah Ada Harapan untuk Berubah?

By · Thursday, July 7th, 2011 · No Comments »

Pada suatu petang, seorang budak sedang bermandi manda dengan gembiranya di sebatang sungai. Tiba-tiba, entah macam mana, budak ini kelemasan.

Sewaktu budak ini sedang terkapai-kapai kelemasan, lalu lah sekumpulan lelaki di tepi sungai itu.

Kumpulan 4 sekawan ini pun berpakat untuk menolong budak yang lemas itu.

Orang A kata;”Woi, cepat berenang ke sini!!

Budak yang lemas pun jawab; “Aku tak reti berenang la

Orang A: “Ok, kau balance kan badan. Aku nak ajar ko berenang kuak lentang sekarang

Budak yang lemas pun jawab; “gul..gulp..gulp..a..ku…tak…bo….leh..gulp..gulp (telan air)”

Orang B pun kata: “Kawan, kita tak boleh ajar dia berenang sekarang. Kita kena keluarkan dia dari sungai ni dulu. Lepas tu, barulah kita boleh ajar dia kuak lentang ke…kuak kupu-kupu ke..apa2 kuak pun boleh”

Orang C & D pun sokong: “betul, betul, betul!”

Orang B: “Ok, jom kita selamatkan dia!”

Mereka pun bersunguh-sungguh menyelamatkan budak yang lemas itu..

Mula-mula mereka pakai kayu,..kayu pendek pulak

Lepas tu mereka cuba campak pelampung, ..pelampung terlepas pulak

Tak putus asa lagi..Cuba cara lain pula..

3 orang pegang tali di tepi sungai, 1 orang turun ke dalam sungai..

heret budak lemas ke tepian sungai

Alhamdulillah! Kali ni, berjaya!! :)

Tapi, air dah banyak masuk dalam badan budak tu..

Mereka pun beri pertolongan pernafasan

buat itu dan ini dan akhirnya..

budak itu pun ter-sedar..

Alhamdulillah!

Lalu 4 sekawan ini membantu budak itu untuk bangun

dan perlahan-lahan dia dipapah untuk berjalan

4 sekawan terus berikannya kata-kata semangatdan akhirnya, budak ini kembali pulih seperti sedia kala.

Setelah itu, 4 sekawan ini mengadakan kelas belajar berenang

khas untuk budak ini

Dengan harapan, supaya budak ini tidak akan lemas lagi..

Kini,

budak itu tidak lemas lagi

dan dia pula menjadi trainer untuk budak-budak yang lain

Semakin banyak dia mengajar orang berenang, semakin cekap dia berenang

Dia tidak mahu lemas lagi..dan dia tidak mahu budak lain lemas juga..

The End :)

~~

Moral of the story:

Anak yang merempit, kita ibaratkan seperti budak yang lemas.Kita tak dapat tolong dia, selagi dia masih berada dalam “suasana” kawan-kawan rempitnya, tempat dia merempit, & motor yang digunakan untuk merempit.

Kalau kita betul-betul nak tolong dia, kita kena keluarkan dia daripada “suasana” rempit dan bawa dia ke dalam “suasana” iman & amal.

Nak tarik dia untuk pindah ke suasana iman & amal, bukan hanya dengan satu cara.Macam-macam cara yang kita boleh cuba.

Dan bukan hanya ajak sekali sahaja, kita cuba ajak dia banyak kali.

Ajak makan-makan, borak-borak, lagi dan lagi..

InsyaAllah, akhirnya Allah swt sendiri akan tarik dia keluar daripada suasana itu.

Bila dia sudah sedia, dengan kerelaan sendiri,

dia akan sanggup meluangkan masa untuk berada dalam suasana iman & amal

di tempat yang lain, selama 3 hari,

untuk dilatih bagaimana untuk meningkatkan iman yakin kepada Allah swt

bagaimana nak menjalani hidup mengikut cara Rasulullah saw

bagaimana nak berkasih sayang sesama manusia

dan bagaimana nak istiqamah dengan amalan yang telah dipelajari sepanjang training ini

Pulang daripada training 3 hari,

Dia jumpa dengan ibubapanya, terus dia peluk, cium, & minta maaf

Siapa sahaja yang dia jumpa, dia akan ceritakan tentang janji-janji Allah swt

dan dia akan ajak orang itu, untuk sama-sama pergi training 3 hari.

Semakin banyak dia buat dakwah, imannya semakin meningkat

Semakin banyak dia buat dakwah, semakin mudah untuk dia istiqamah dengan amalan

Kini dia telah berubah,

Dia bukan lagi mat rempit..

Tetapi, dia adalah DAI’E :)

~~“Dan orang-orang yang bermujahadah di jalan Kami, maka Kami akan bukakan jalan-jalan (hidayah) Kami”~~

p.s: Ini adalah kisah benar :)

p.p.s: Anak merempit ini sedang menunggu mana-mana daie yang sudi selamatkan mereka…Ohh..tolonglah mereka.. InsyaAllah, besar pahala nya.. :)

Blog Widget by LinkWithin